Untuk beberapa design yang kami hasilkan, berkemungkinan besar font-font yang digunakan tidak ada di dalam komputer atau laptop anda.

Jadi, setiap design yang kami hasilkan, kami akan sertakan jenis font yang kami buat (tidak termasuk font default) bagi kemudahan anda.

Jika anda ingin terus berkreatif, anda juga boleh masuk ke dalam beberapa website yang menawarkan font yang percuma dan pelbagai seperti
Di bawah ini kami tunjukkan bagaimana untuk menambah font ke dalam komputer anda
Langkah 1: Masuk ke mana website yang menawarkan font yang percuma. Dalam contoh ini, kami cuba memuat turun font daripada laman web dafont.com

Langkah 2: Pilih jenis font yang digemari dan tekan download. Dalam contoh ini kami memilih untuk memuat turun font jenis Sunnybunny.


Langkah 3: Setelah butang download ditekan, pop up window Save akan keluar. Pilih lokasi di mana yang anda akan simpan fail font ini.
Langkah 4: Fail yang disimpan seperti biasa akan berada di bawah ini jika anda menggunakan Google Chrome.

 Langkah 5: Klik pada fail yang telah di download

Langkah 6: Pop Up Window ini akan keluar memaparkan bagaimana bentuk font tersebut. Lihat butang INSTAL dan klik di situ

 Langkah 7: Tunggu proses instal ini selesai

Langkah 8: Anda boleh semak mana-mana perisian seperti Power Point untuk melihat jenis font yang telah berjaya di instal.